REVIEW SONY MDR-ZX310
Assalamualaikum w.b.t.
Sempena bulan Ramadhan ni, kan? Memang pergerakan kita agak terbatas. Yelah, bukan sahaja kita tak boleh makan minum, tetapi kita juga kena kawal nafsu dan emosi kita. Walaupun PKP diringankan kepada PKPB, tapi semestinya kita kena duduk rumah sebab tak ada Bazar Ramadhan untuk tahun ini.
Jadi, kali ini saya nak review sebuah fon kepala yang tak terlalu mahal, tapi berbaloi untuk kita beli. Fon kepala tersebut ialah Sony MDR-ZX310. Nak tahu lebih lanjut tentang Fon kepala ini, mari kita rungkai bersama-sama. Jom...
Memperkenalkan Sony MDR-ZX310. Sebenarnya dia ada dua jenis model, iaitu MDR-ZX310 dan juga MDR-ZX310AP. Ada jugak model lain, tapi kali ini kita fokuskan kepada MDR-ZX Series sahaja dulu.
Sebenarnya, saya memang dah lama tertarik dengan produk keluaran Sony ni seperti Walkman, fon telinga, fon kepala, bluetooth speaker, TV, home theatre, projektor, dan lain-lain. Biasanya produk Sony yang agak berkualiti tinggi dan tahan lama dengan spek yang tinggi dengan harga yang agak mahal, hanya bangsawan sahaja yang mampu beli. Tapi Sony faham ada rakyat biasa macam kita ini yang nak merasa guna barang keluaran Sony itu macam mana. Jadi, dari zaman Sony baru nak muncul lagi, pengasas Sony sendiri, Akio Morita (1921-1999) dia dah fikir benda ini. Dia dah kaji, dah study, semua orang berhak dapat kualiti barang yang terbaik. Mula-mula, dia keluarkan radio. Bila dapat sambutan, dia keluarkan Walkman pulak (Masa inilah wujudnya fon kepala). Bila tgk Amerika keluarkan TV, dia pun nak keluarkan TV. Jadi, dia pergi ke Amerika. Dia jumpa pengasas Philips. Dia belajar punya belajar, balik Jepun, terus buat TV. Akhirnya, nama Sony melonjak naik.
Berbalik kepada fon kepala tadi, saya pun belilah satu unit Sony MDR-ZX310. Yelah, kita rakyat biasa pun nak merasa barangan branded jugak, kan? Harganya pun memang mampu milik, hanya RM105.00 sahaja. Ada jugak unit yang dijual dgn harga RM95.00, tapi sayang, tiada pilihan warna yang saya gemar.
Jadi, tanpa membuang masa, lepas saja bayar, saya terus pakai kat mall (nampak sangat tak sabar dia tu sampai tak boleh tunggu sampai rumah). Walaupun format suara dia tu stereo, tapi kita dapat dengar kesan bass tu, memang padulah. Jadi, saya terfikir sejenak, "kalau unit yang murah pun kualiti dia dah cun, inikan pula unit yang mahal". Kat sini sahaja kita dah tahu yang Sony memang bijak dan memahami. Di samping itu juga, diorang dapat kaut sale yang banyak. Yelah, kalau nak mengharapkan barang yang berkualiti tinggi tapi harganya YA RABBI, nanti sale dia kuranglah. Macam barang jenama BOSE. Kalau kita tengok harga fon kepala BOSE yang biasa je, PERGH, memang takkan dapat belilah, bro.
Bagi anda yang pendapatan biasa-biasa sahaja, tapi nak merasa guna fon kepala jenama Sony, saya cadangkan anda beli model inilah sebab dia punya kualiti itu berbaloi dengan harga. Tapi, kalau anda ini bangsawan, kerja besar, gaji tinggi, saya sarankan anda beli fon kepala Sony model WH-1000XM3 atau WH-1000XM4 untuk model yang latest punya. Ini kerana dua model ini mempunyai teknologi Pembatalan Hingar atau Noise Cancelling. Jadi, anda boleh set sama ada anda nak dengar lagu sambil dengar suara persekitaran anda atau anda dengar lagu tanpa dengar suara persekitaran anda. Tapi, harga mestilah kena dengan kualiti punya. Kualiti dia UP, mestilah harga pun kena UP. Satu unit sahaja dah RM1099.00, paling murah pun dalam RM889.00, RM992.00, RM978.76, FUHHHHHH.....melayang duit macam itu je.
Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau anda ada sebarang cadangan, pandangan, atau pertanyaan, boleh dikemukakan di ruangan komen di bawah. Jumpa lagi pada masa akan datang.
Assalamualaikum w.b.t.
Comments
Post a Comment