SPEAKER/SOUNDBAR TERBAIK DENGAN HARGA MURAH

Assalamualaikum w.b.t.

Kita berjumpa lagi. Kali ini saya nak senaraikan speaker dan soundbar terbaik yang berbaloi untuk anda beli dengan harga yang berpatutan. Apa tunggu lagi? Jom...


Speaker atau soundbar yang saya akan senaraikan sebentar lagi ini bukan sahaja boleh digunakan pada laptop atau PC, tetapi juga boleh digunakan di ruang tamu dan boleh disambung terus ke televisyen rumah anda. Tanpa membuang masa lagi, saya akan senaraikan speaker dan soundbar yang terbaik dan berbaloi untuk anda beli. Untuk yang mahal2, saya akan senaraikan pada artikel yang akan datang. 

1- Sonic Gear BT5500:


Soundbar dengan subwoofer tanpa wayar berharga kurang dari RM350. SonicGear SonicBar BT5500 AirBass adalah satu-satunya. Bukan itu sahaja. Ia juga dimuat dengan sambungan optik digital dan HDMI (ARC) yang biasanya tidak terdapat di soundbar bajet yang lain. Dan semestinya ia dilengkapi dengan yang biasa seperti AUX, Bluetooth 5.0, radio FM dan pemain MP3. Kualiti binaan dia agak baik. Bilah suara mempunyai perumahan logam dengan gril pembesar suara kain. Dan subwoofer dibuat oleh MDF dengan plastik di atasnya. Semua butang dan input terletak di sebelah kanan. Anda boleh gunakan butang untuk menavigasi tanpa menggunakan alat kawalan jauh. Speaker soundbar ini tiada paparan LED untuk sumber audio tetapi ada penunjuk cahaya kecil. Walaupun subwoofer dia tak ada wayar, anda cuma perlu hidupkan plug subwoofer supaya ada connection dengan soundbar. Bass dan treble memang menonjol dan terang. Kalau anda beli TV atau PC/Laptop baru, saya sarankan anda beli yang ini lah.

2- Sonic Gear BT2100



Haa. Model ini pulak adik kepada BT5500. Sebab itu dia ditempat kedua dalam carta. Berbanding dengan model BT5500, BT2100 ini tak ada sambungan HDMI, tetapi anda boleh sambungkan dengan wayar AUX. Kualiti binaan juga agak baik. Bilah suara mempunyai perumahan logam dengan gril pembesar suara logam. Butang dia pulak berada di hadapan, di tengah2. Berbeza dengan model BT5500, BT2100 ini dia enhanced sound TV, dan bass dia memang kuat gila. Anda boleh dengar detail suara masa anda layan movie. Seriously, memang menonjol. Harga dia kita boleh dapat di bawah RM200 hingga RM300. 

3- Sonic Gear Morro X7

Berbeza dengan dua model di atas, Sonic Gear Morro X7 ini tak ada soundbar, tapi dia ada dua stereo speaker dengan satu subwoofer. Dia cover pakai kain. Dah macam kusyen dah. Bass dia memang cukup padu dan kena dengan saiz. Sesuai digunakan kat Laptop/PC. Kat TV pun boleh kalau anda tak perlukan ruang yang besar. Harganya kita boleh dapat dalam RM150. Memang murah gila. Siapa tak nak, kan?

4- Sonic Gear Morro X5


Haa...kalau BT2100 adik kepada BT5500, Morro X5 ini adik kepada Morro X7. Bezanya, abang dia dah macam kusyen, tapi adik dia dah macam bantal pulak. Hehehe. Nak dibandingkan dengan abang dia, si adik ini bass dia tak nak kalah dengan abang. Sesuai digunakan untuk PC/Laptop anda. Kalau untuk TV tu, memang boleh. Tapi, model ini macam terlalu cute untuk sambung ke TV. Hehehe. Harganya mestilah lagi murah daripada abang dia. Hanya RM140 sahaja.

Kalau tengok senarai ini, memang saya hanya fokuskan kepada jenama Sonic Gear semata-mata. Sebab harga yang kita bayar sangat berbaloi dengan apa yang kita dapat. Dibandingkan dengan Vinnfier, masalah utama Vinnfier ini adalah produk dia kurang bass, walaupun dari segi buatan dia dah baik. Dan kalau kita nak lebihkan bass dia sikit je, kita terpaksa bayar lebih dari yang sepatutnya. 

Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau ada sebarang cadangan, persoalan atau penambahbaikkan, boleh ditujukan di ruangan komen di bawah. Jumpa lagi di masa akan datang.

Assalamualaikum w.b.t.

Comments

Popular Posts