PASARAN KOMPUTER DIKUASAI CHINA?

Assalamualaikum w.b.t.

Kita berjumpa lagi. Kali ini saya akan mengupas tentang satu persoalan yang mungkin agak hangat, mungkin ramai dah tahu, dan tak kurang juga mungkin ramai yang masih tak tahu lagi.
Nak tahu apa dia? Teruskan baca. Jom...



Eh, kenapa ada highlight peta negara China pulak ini? Haaa, inilah persoalan yang kita nak korek sikit, iaitu "Pasaran Komputer Dikuasai China?". Okey. Sepertimana yang kita tahu, China memang terkenal dengan pemasaran ekonomi, dan China juga antara negara kuasa besar ekonomi.

Jadi, tidak hairanlah kalau pasaran komputer juga dikuasai China. 

Cuba kita selidik sikit. Agak2 berapa banyak jenama laptop atau PC yang terkenal yang berasal dari China?Dan berapa banyak jenama laptop dan PC yang terkenal yang berasal dari Amerika Syarikat? Mari kita senaraikan:

Laptop atau PC dari China:

1- ASUSTeK Computer Incorporated (ASUS) = Taipei, Taiwan

2- Acer Inc. (Acer) = Bandar Taipei Baru, Taiwan

3- Micro-Star International (MSI) = Taipei, Taiwan

4- Lenovo Group Ltd./Lenovo PC International (Lenovo) = Beijing, China.

5- Xiaomi Corporation (Xiaomi) = Beijing, China
(Xiaomi bukan sahaja keluarkan smartphone dengan laptop, dah macam2 produk dia keluarkan)

6- Huawei Technologies Co. Ltd. (Huawei) = Shenzhen, China
(Huawei pun ada keluarkan laptop, walaupun diorang banyak keluarkan smartphone)

Sekarang ini kita beralih ke Amerika Syarikat.

Laptop atau PC dari Amerika Syarikat:

1- Apple Inc./Apple Computer, Inc. (Apple) = California, Amerika Syarikat

2- Hewlett-Packard Company (HP) = California, Amerika Syarikat

3- Dell, Inc. (Dell) = Texas, Amerika Syarikat

4- Alienware, anak syarikat Dell (Alienware) = Florida, Amerika Syarikat

5- International Business Machines Corporation (IBM) = New York, Amerika Syarikat

Sebenarnya, banyak lagi syarikat jenama komputer yang ada. Tapi, ini yang kita ketahui umum lah. Sebab itulah berlakunya perang perdagangan A.S-China. Sebab banyak persaingan. Dan semestinya, kalau anda tengok senarai tadi, China ada lebih satu senarai. Kat sini je Amerika dah panas. Itu baru senaraikan syarikat komputer. Belum lagi senaraikan syarikat yang buat perkakasan komputer, hardisk, external hardisk, ssd, external ssd, pendrive, dan macam2 lagi. 

Senang cerita, anda sendiri pakai laptop atau PC apa kat rumah? Kat sini sahaja sudah terjawab. Kalau saya, saya memang pakai laptop Lenovo. Dan percayalah. Kebanyakan rakyat Malaysia yang ada laptop atau PC kat rumah, rata2 mesti pakai jenama ASUS dengan Acer, dan tak ketinggalan jugak ramai yang pakai jenama Lenovo dan MSI. Kat sini je China dah menang pasaran. Dan kalau ada yang pakai laptop ayau PC jenama dari Amerika pun, hanya HP dan Dell jadi pilihan, paling2 pun Macbook/iMac, dan jarang2 sekali guna Alienware.

Jadi itu sahaja dari saya. Kalau ada sebarang cadangan, pertanyaan atau penambahbaikkan, boleh dituju di ruangan komen di bawah. Kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum w.b.t.

Comments

Popular Posts