KENALI PENGASAS SONY: AKIO MORITA

Assalamualaikum w.b.t.

Kita berjumpa lagi. Kali ini saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah kehidupan pengasas Sony, iaitu mendiang Akio Morita. Nak tahu lebih lanjut, mestilah kena baca apa yang saya akan tulis nanti. Jom...

Akio Morita
(1921-1999)


Akio Morita dilahirkan di Nagoya, Aichi, Jepun. Keluarga Morita terlibat dalam pembuatan sake, miso dan kicap di kampung Kosugaya (yang kini merupakan sebahagian dari Kota Tokoname) di pantai barat Semenanjung Chita di Prefektur Aichi sejak tahun 1665. Dia adalah anak sulung dari empat beradik dan ayahnya Kyuzaemon melatih dia sebagai anak untuk mengambil alih perniagaan keluarga. Akio, bagaimanapun, menemui panggilan sebenarnya dalam matematik dan fizik, dan pada tahun 1944 dia lulus dari Osaka Imperial University dengan gelar dalam bidang fizik. Dia kemudian ditugaskan sebagai sub-letnan di Imperial Japanese Navy, dan bertugas di Perang Dunia II. Semasa berkhidmat, Morita bertemu rakan perniagaan masa depannya Masaru Ibuka dalam Jawatankuasa Penyelidikan Perang Tentera Laut.

Habis cerita pasal Perang Dunia II, dia kerjalah dekat satu syarikat ini, iaitu Tokyo Tsushin Kogyo Kabushiki Kaisha, atau dalam bahasa Inggerisnya Tokyo Telecommunications Engineering Corporation, yang mana kemudian dinamakan Sony Corporation. Syarikat ini memang nak ambil dia bekerja. Tapi ayah dia tak izinkan. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut berjaya pujuk ayah Akio Morita supaya Akio dibenarkan bekerja dengan mereka dan telahpun mencari pengganti ayah Akio Morita untuk melangsungkan bisnes pembuatan sake, miso dan kicap. 

Syarikat ini berjaya membuat radio mini pertama pada tahun 1949, dan kemudian terjual laku pada tahun 1950. Kemudian, ada orang complain kata radio dia tak muat kat poket. Jadi, keluarlah model mini radio baru yang bersaiz poket. Ekoran itu, jualan radio mini poket tersebut laku keras. 

Tak lama lepas itu, syarikat tersebut keluarkan Walkman, dan inilah permulaan zaman orang dengar lagu pakai fon kepala dan fon telinga. Pun laku keras jugak.


Selepas pengasas syarikat itu bersara, Masaru Ibuka ambil alih perniagaan. Ketika itu, Akio menjadi rakan perniagaan dia. Masa itulah dia terfikir untuk kembangkan bisnes di luar negara dan belajar benda baru. Jadi, Akio pergi ke Amerika. Masa itu, barang elektronik kat Amerika semuanya besar-besar (Sebab masa itu konsep perniagaan barang elektronik di Amerika semuanya besar untuk kepuasan seisi keluarga). Di sinilah dia belajar cara buat TV dan VCR (Sekarang VCR dah tak ada lagi dah). Tak lama lepas itu, Akio dan Ibuka tukar nama syarikat kepada Sony Corporation (Pada mulanya, Akio cadangkan Sonny yang membawa maksud miskin. Apabila Ibuka perbaiki nama tersebut, terjadilah Sony).

Akio Morita dan Masaru Ibuka




Banyak kejayaan besar telah diperolehi syarikat Sony. Dan semuanya atas usahasama Akio dan Ibuka. Lagi best diorang punya kejayaan, diorang mampu tubuhkan sebuah syarikat perfileman. 

Setelah Ibuka bersara, Akio ambil alih perniagaan sepenuhnya. Masa inilah keluar produk Walkman yang main CD punya. Lepas itu, keluar muncul pemain CD pertama di dunia. Mula kat sini je, Sony bekerjasama dengan syarikat Philips. 

Dan semestinya, dalam setiap kejayaan, pasti ada ujian mendatang. Pada tahun 1993, Akio menghidap pendarahan otak ketika beliau sedang bermain tennis yang mana kemudiannya, pada bulan November 1994, beliau undur diri sebagai CEO Sony dan digantikan oleh Ohga.

Beliau meninggal dunia akibat pneumonia pada 3 Oktober 1999 pada usia 78 tahun.

Ketika mendapat pengumuman yang beliau meninggal dunia, semua pekerja kilang Sony dan Aiwa (masa ini Aiwa anak syarikat Sony) seluruh dunia menghentikan kerja yang tengah mereka lakukan dalam tempoh satu minit untuk berikan penghormatan terakhir kepada Akio (Ini dapat maklumat daripada ayah, sebab ayah pernah kerja kat kilang Aiwa sebelum ini). Kalau pekerja beragama Islam, diorang senyap buat satu minit, kalau yang bukan Islam, diorang bertafakur untuk satu minit dan berdoa agar mendiang dapat berehat dengan tenang. 

Banyak pengorbanan yang telah dilakukan Akio dan Ibuka. Tanpa diorang, rasanya kita tak dapat nak merasa pakai gajet atau barang elektronik dengan harga yang berpatutan sekarang ini. Sedih pulak bila dah tulis part Akio Morita meninggal dunia ini 😢😢😢😢😢.

Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau anda ada sebarang cadangan, pertanyaan ataupun penambahbaikkan, boleh dituju di ruangan komen di bawah. Tapi, untuk artikel kali ini, saya rasa tak perlulah komen, melainkan anda nak saya dedahkan tokoh-tokoh mana lagi yang menyumbang kepada teknologi, gajet dan sebagainya, boleh lah. Mungkin, akan datang saya akan berkongsi kisah hidup rakan baiknya, Masaru Ibuka.

Kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum w.b.t.

Comments

Popular Posts