CARA MUAT TURUN VIDEO DARI YOUTUBE (BESERTA SARIKATA)

Assalamualaikum w.b.t.

Kita berjumpa lagi. Kali ini saya nak berkongsi bagaimana nak muat turun video dari YouTube beserta sarikata. Nak tahu macam mana? Jom


Biasanya kalau kita tonton video kat YouTube, mesti ada video yang sudah sediakan option sarikata. Maknanya orang yang upload video tu dia tak embeded kan sekali sarikata dalam video dia, sebaliknya bila dia upload video kat YouTube, dia upload sekali fail sarikata kat YouTube sekali. 


Jadi, kalau kita muat turun guna YTD Video Downloader, memang dia takkan muat turun sarikata sekali lah. Tapi, kita nak jugak muat turun sarikata dia. Macam mana tu?

Setelah buat research, barulah jumpa software yang boleh muat turun video dari YouTube beserta sarikata sekali, iaitu 4k Video Downloader.



Cumanya anda kena ingat bahawa bukan semua video dari YouTube ada sarikata. Jadi, kita cuma boleh muat turun sarikata sekali pada video yang ada sarikata sahaja.

Tanpa buang masa, kita terus kepada cara-caranya.

1- Salin pautan video yang anda nak (Pastikan video itu disediakan sarikata)


2- Buka software 4k Video Downloader (Saya akan sediakan pautan untuk anda muat turun software ini di bawah nanti)


3- Tekan "Paste Link"


4- Pilh kualiti video untuk muat turun. Kemudian, pilih sarikata untuk dimuat turun (Saya sarankan anda jangan muat turun sarikata yang berkurungan "auto-transcribed". Sebab sarikata itu bukan dibuat berdasarkan ayat dari video, tapi berdasarkan pendengaran. Jadi, memang tunggang langgang lah bahasa dia)

4k Video Downloader

5- Seterusnya, apa lagi? Muat turun lah 😁😁😁😁😁

6- Selesai muat turun, nikmatilah video yang anda dah muat turun.

Pautan Muat Turun 4k Video Downloader:

Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau anda ada sebarang cadangan, pertanyaan, atau penambahbaikkan, boleh ditujukan di ruangan komen di bawah. Sekian, kita berjumpa lagi pada waktu lain.

Assalamualaikum w.b.t.

Comments

Popular Posts