CARA INSTALL DOLBY ATMOS DALAM PC/LAPTOP ANDA

Assalamualaikum w.b.t kita berjumpa lagi.

Kali ini saya nak tunjukkan/ajar anda cara install Dolby Atmos dalam PC/Laptop. Tapi sebelum itu, saya nak terangkan sedikit tentang Dolby Atmos ni. Jom baca.



Dolby Atmos adalah teknologi bunyi keliling yang diperkenalkan oleh Dolby Laboratories pada tahun 2012. Teknologi bunyi Dolby Atmos ini diwujudkan sebagai penaiktarafan sistem teknologi bunyi yang sedia ada di panggung wayang (CTH: Dolby Digital, Dolby Digital Surround EX, DTS, DTS-HD, SDDS, Dolby Surround 5.1/7.1, dan juga Auro 3D/11.1. Kini, Dolby Atmos turun ke tempat kedua ekoran wujudnya sistem teknologi bunyi keliling terkini, iaitu DTS X yang dilancarkan pada tahun 2016. Akan tetapi, Dolby Atmos masih diminati ramai). Fungsi Dolby Atmos: Kita dapat dengar arah bunyi tu datang dan bukan itu sahaja, apabila kita menonton wayang, kita dapat rasakan seolah-olah kita berada dalam scene sebenar movie yang dimainkan (Dengan syarat, panggung wayang itu mesti pakai sistem teknologi bunyi keliling Dolby Atmos lah. Kalau tak, memang tak rasa lah pengalaman tu). 



Bagi anda yang sudah merasai pengalaman teknologi bunyi keliling Dolby Atmos, anda mesti nak rasakan pengalaman itu di rumah, kan? Memang ada Sistem Teater Rumah yang menyediakan sistem teknologi bunyi keliling Dolby Atmos, tapi bajet pulak tak mengizinkan.

Pihak Dolby Laboratories faham benda ini. Jadi, mereka lancarkan Dolby Atmos dalam bentuk driver (software mahupun apps) supaya anda boleh menikmati pengalaman teknologi bunyi keliling Dolby Atmos pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.





Tetapi, bukan semua device yang ada sistem teknologi bunyi keliling Dolby Atmos ni, kan? Jangan risau. Saya akan sediakan pautan di bawah untuk anda muat turun driver itu.

Pautan Muat Turun Dolby Atmos - https://drive.google.com/file/d/1-qLelY2GF80n0GnKgv5cpiO7Snc3-JL1/view

Cara-cara install Dolby Atmos:

1- Tekan butang "Start". Kemudian, pilih "Settings". Bila anda sudah berada di "Settings'', pilih "Update & Security".







2- Kemudian, pilih "Recovery".



3- Kemudian, tekan "Restart Now" pada bahagian Advanced Startup


4- Anda akan ke bahagian Windows Start-up. Pilih "Troubleshoot"




5- Pilih "Advanced Options"



6- Kemudian, pilih "Start-up Settings"



7- Tekan "Restart"



8- Restart PC/Laptop anda dan tunggu sehingga Start-up Settings muncul. Apabila Stsrt-up Settings dah mucul, tekan kekunci F7



9- Apabila Windows anda sudah ke Desktop, muat turun Dolby Atmos (lihat pautan yang telah saya beri di atas). Apabila anda selesai memuat turun, pindahkan fail ke Desktop. Kemudian, ekstrak fail ke Desktop (Sebab failnya di dalam Winrar Zip).



10- Setelah selesai, pergi ke fail yang telah diekstrak. Pilih fail D.A 2019. Pergi ke fail Driver.







11- Estrak fail D.A Driver. Kemudian, pergi ke fail yang telah diekstrak. Selepas buka fail tersebut, tekan butang kiri tetikus pada butang Start. Kemudian, pilih Device Manager.







12- Sebelum itu, tekan butang Start > Update & Security > For Developers>. Pilih Developer Mode.



13- Berbalik kepada Device Manager, expand kan "sound, video, and game controllers". Pilih antara dua pilihan audio driver untuk dikemaskini (Saya sarankan tukar dua-dua supaya senang kerja. Tapi, memang kena buat satu-satu dulu lah. Tak boleh buat dua-dua serentak. Kalau anda dah selesai buat satu, boleh sambung buat satu lagi). Kemudian, kemaskini driver yang dipilih.





14- Pilih "Browse my computer for driver software" > "Let me pick from a list of available drivers from my computer".






15- Kemudian, tekan "Have Disk" > "hdaudio" > "Next" > "Yes" > "Install this driver software anyway".







16- Setelah selesai, andan kena restart PC/Laptop anda.





17- Buka fail D.A. tadi. Pilih fail App > D.A App (Pastikan PC/Laptop anda ada internet connection). 





18- Setelah selesai, anda dah pun boleh akses Dolby Atmos driver.







Kalau anda tidak faham juga, saya sudah sediakan pautan video untuk membantu anda install Dolby Atmos driver ini (Lihat di bawah).

Pautan video - https://www.youtube.com/watch?v=Sno7L3-HdyY&t=1s

Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau anda ada sebarang cadangan atau pertanyaan, boleh komen di bawah.

Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum. Bye.


Comments

Popular Posts