CARA INSTALL DTS AUDIO DALAM PC/LAPTOP ANDA

Assalamualaikum w.b.t kita berjumpa lagi.

Dalam tempoh waktu PKP ini, biasalah. Masa kita kebanyakannya berada di dalam rumah sahaja. Kalau keluar saja-saja tanpa sebab, kena tangkap pulak nanti. Sepanjang tempoh PKP ini: Main permainan video sudah, kemas rumah sudah (kemas dia macam dah nak raya dah rasanya, walaupun bulan Ramadhan belum masuk lagi, tinggal beberapa hari je nak masuk), main handphone sudah, layan movie pun sudah. Jadi, apa lagi nak buat? Buat blog jelah.

Untuk blog kali ini, saya akan tunjukkan cara install DTS Audio dalam PC/Laptop anda. Tapi sebelum itu, kita perlu ketahui dulu sedikit sebanyak tentang sejarah DTS ini. Haa, jom baca.



DTS, Inc. (asalnya Digital Theatre Systems) adalah syarikat Amerika yang membuat teknologi audio pelbagai saluran untuk filem dan video. Berpusat di Calabasas, California, syarikat itu memperkenalkan teknologi DTS pada tahun 1993 sebagai pesaing berkualiti tinggi kepada Dolby Laboratories, memasukkan DTS dalam filem Jurassic Park. 




Produk DTS digunakan dalam format bunyi keliling untuk aplikasi bertaraf komersial / teater dan pengguna. Dikenal sebagai Pengalaman Digital hingga 1995. DTS melesenkan teknologinya kepada pengeluar elektronik pengguna.


Jenama DTS diambil alih oleh Tessera pada bulan Disember 2016, kemudian Tessera dinamakan semula menjadi Xperi Corporation.

DTS dah banyak keluarkan produk mereka sama ada dalam bentuk hifi, audio driver, format suara (sama ada bunyi keliling untuk panggung wayang, DVD, mahupun Blu-ray) dan macam-macam lagi. Antara teknologi audio yang telah dikeluarkan: DTS 70 mm, DTS-ES. DTS Neo:6/X, DTS 96/64, DTS HD High Resolution Audio, DTS HD Master Audio, DTS X (Pesaing Auro 3D/11.1 & Dolby Atmos), DTS Neutral X, DTS Headphone X, DTS Virtual X, DTS Connect (Interactive & Neo:PC) dan juga DTS Play-Fi. Mereka juga ada keluarkan produk lain seperti DTS Surround Sensation.




Sejujurnya, saya belum pernah jumpa mana-mana panggung wayang di Malaysia (Terutama sekali di Johor, sebab saya orang Johor) yang menggunakan teknologi audio kelilng DTS X. Jadi, saya tak tahu pengalaman dia tu macam mana. Kalau sistem audio keliling Dolby Surround 7.1, Auro 3D/11.1 dgn Dolby Atmos tu saya dah rasa pengalamannya. Tapi apa yang saya dapat tahu, DTS X ini fungsinya lebih kurang sama sahaja dengan Auro 3D/11.1 dengan Dolby Atmos. Tapi apa-apa pun, saya tetap jugak nak rasa pengalaman dengan DTS. 




Jadi, saya cari punya cari, jumpa jugak akhirnya DTS Audio driver. Jadi, macam biasa. Saya muat turun driver. Setup balik audio driver laptop saya. Dan saya terus buka app dia. 

Bagi saya, fungsi dia sama sahaja dengan Dolby Atmos. Tetapi saya perlu akui bahawa pengalaman menggunakan DTS Audio lebih up sikit (sikit je) kalau nak dibandingkan dengan Dolby Atmos.

Jadi, saya akan tunjukkan cara install DTS Audio dalam PC/Laptop anda. Cumanya, saya akan ringkaskan sikit sebabnya ada langkah-langkah yang saya sudah terangkan ketika saya publish blog saya tentang "CARA INSTALL DOLBY ATMOS DALAM PC/LAPTOP ANDA" tetapi saya akan berikan jugak pautan video tentang cara install DTS Audio agar dapat memudahkan kerja anda.

Cara Install DTS Audio dalam PC/Laptop Anda:

1-10 (Rujuk balik post saya tentang "CARA INSTALL DOLBY ATMOS DALAM PC/LAPTOP ANDA"

11- Selepas selesai ikuti cara 1 hingga 10, pergi ke fail DTS Audio yang telah diekstrak tadi. Pilih fail Driver. Dia akan bagi pilihan fail ikut windows apa yang anda pakai (Win 7 dengan Win 8.1 & 10). Kalau anda pakai windows 7, pilih fail Win 7. Kalau pakai windows 8.1 atau 10, pilih fail win 8.1 & 10. (Tapi, sekarang mana ada orang pakai windows 7 lagi. Pihak Microsoft pun dah umumkan supaya naik taraf ke windows 10 sebab windows 7 dah tak selamat untuk dipakai lagi).



12- Selepas itu, anda perlu ekstrak fail sekali lagi 



13- Kemudian, buka fail yang diekstrak



14-17 (Rujuk balik blog "CARA INSTALL DOLBY ATMOS DALAM PC/LAPTOP ANDA". Ikut cara 13-16)

18- Setelah selesai, buka balik fail DTS Audio. Pilih App. Anda kena ekstrak fail yang ada dalam App. Kemudian, buka fail yang telah diekstrak. Anda telah sampai ke SETUP. Pilih aplikasi untuk selesaikan.



19- Tekan Next. Anda kena setuju dengan perjanjian yang tertakluk. Tekan Install. Tunggu sehingga selesai. Dan Finish.



20- Buka app DTS Audio dan selesai. Anda boleh pilih mod suara yang anda nak (Saya syorkan anda pilih Surround Sound atau 3D Fix untuk pengalaman menonton movie atau bermain permainan video).



Kalau anda tidak faham, saya sudah sediakan pautan video di bawah

Pautan video - https://www.youtube.com/watch?v=6sr7_0qMXk8&t=37s

Jadi, itu sahaja daripada saya. Kalau ada sebarang cadangan atau pertanyaan, boleh dikemukakan di ruangan komen di bawah.

Dan Insya Allah, kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum. Bye

Comments

Popular Posts