SONIC GEAR QUATRO V
Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini saya nak review satu produk.
Kalau kita layan movie, main game, dengar lagu tak kisahlah kat TV mahupun PC/laptop, kita tak dapat feel sound experience tu kalau tak connect dgn headphone atau speaker, kan? Jadi di sini saya nak buat review tentang satu speaker sistem 2.1 yang diberi nama Sonic Gear Quatro V. Untuk ketahui lebih lanjut, teruskan baca review ini.
Haa, inilah dia produk yang saya maksudkan, iaitu Sonic Gear Quatro V. Sebenarnya saya dah lama stalk speaker ni bersama-sama dgn speaker jenama Sonic Gear yang lain. Saya pun fikir semua hampir semua speaker sistem 2.1 kena cucuk plug. Jadi, why not saya pilih speaker sistem 2.1 tapi hanya perlu sambung ke USB port shj untuk power up dia. So, tak adalah serabut sangat wire extension kita, kan? Pada mulanya, saya beli speaker ni utk dihadiahkan kepada guru kelas saya/guru ICT saya sempena ulang tahun dia (masa tu saya form 5 tahun 2016 dan beliau ada buat kelas tambahan, dan kebetulan memang nak sambut hari lahir beliau. So, memang macam biasa, budak perempuan dah buat preparation surprise). So, saya beli speaker ni di Tesco Bukit Indah, Johor Bahru. Balik rumah je, saya terus baca spec speaker ni. Korang boleh baca spec di bawah.
Saya keluarkan speaker ni dari kotak, saya terus plug in, dan hasilnya memang terbaik. Harganya masa saya beli adalah RM 48.90. Kalau diikutkan, harga asalnya adalah RM 53.90, tapi masa tu ada end year promotion, jadi saya jimat RM 5. Saya pun terus grab. Dah nama pun Sonic Gear, kita mesti tertarik dgn bass dia sebab bass yang diberikan Sonic Gear mesti mantap punya, mana pernah mengecewakan. Betul tak? So, saya connect dgn laptop saya guna AUX cable, memang satu rumah dengar. Then, saya masukkan memory card utk dgr lagu, dan seriously, dia punya beat tu memang padu. So, bila saya hadiahkan kepada cikgu saya, cikgu saya pun pelik kenapa dalam banyak-banyak hadiah, hadiah yang saya bagi tu berat sikit. Then, masa kelas tuisyen ICT yang terakhir (sehari sebelum exam subject SPM last), habis je kelas, cikgu saya kata dia suka speaker yang saya hadiahkan, katanya satu rumah bergegar, siap tanya lagi saya beli speaker tu kat mana. So, saya jawab jelah kat mana saya beli.
Oh ya, sebelum saya terlupa, Sonic Gear Quatro V ni hadir dgn 5 warna, iaitu Merah, Biru, Kuning, Hijau, dan Kelabu.
Jadi, masa saya sambung belajar, saya memang dah pasang niat nak beli speaker ni. So, saya pun beli speaker ni. Tapi, kali ni saya beli di kedai buku POPULAR di City Square, Johor Bahru. Dan masa tu pun ada promo merdeka (saya beli tahun lepas). Jadi, sekali lagi saya dapat dgn harga RM 48.90 daripada RM 53.90. Mungkin rezeki saya time beli je dapat murah. Hehehehehe. Saya terus unbox kat asrama, kawan-kawan saya pun terleleh air liur sebab design dia. Lagi diorang macam "WOW" masa saya volume up speaker ni. Jadi, diorang dapat feel apa yang saya feel, dan bagi saya, itu feedback yang baik lah. Sampai ada yang nak pinjam. Tapi saya benarkan diorang guna kat bilik diorang sendiri lah, jangan bawak ke bilik orang lain.
Jadi, itu sahaja daripada saya setakat ini. Kalau ada apa-apa cadangan atau pendapat, boleh komen di bawah. So, kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Assalamualaikum. Bye
Comments
Post a Comment